Both Of Us
Pangkor with Jemahs
Sunday 26 February 2017 • 18:46 • 0 comments

Lapan belas hari bulan (minggu lepas) aku pergi Pangkor.

Inilah gang aku pergi. 
From left : Athirah, Me, Huda, Mega, Ainin.

Kami pergi naik kereta, Bukan kitorang yang drive. Kalau ikut hati aku nak drive sendiri tapi ada cerita sedih disebalik ni hahaha. Actually two days before we are going to Pangkor, aku dah fail test JPJ, bahagian 2. Dah, engkorang takyah nak gelak sangat. Nanti ada masa aku update pasal cerita sedih aku fail test JPJ. Ni entry untuk holiday aku hari tu okay.

Dalam pukul 11 macam tu, kitorang naik feri. Its take us about 45 minutes to reach Jetty Pangkor from Jetty Lumut. Kalau dari jeti Marina, 10 minutes je kata kawan aku si Athirah ni sebab dia naik dari Marina. Sampai jeti Pangkor korang akan nampak van pink yang akan bawa kita pi resort. Kami dah settle semua urusan tempat tidur seminggu sebelum pergi sebab takut full. 



Sampai je resort, terus check in. Then sementara tunggu kawan aku si Athirah ni kami lepak lepak makan kopok yang kami bawa. Elok je dia sampai, kami solat zohor sebab lepas tu nak keluar cari makan untuk lunch. Waktu ni, Ainin dah bebel lapar nak makan. Oh lupa, kami stay dekat Purnama Beach Resort. Ini memang last choice itu pon sebab aku tanya classmate aku sebab resort ni abang ipar dia punya. So, dapat nombor tu call and then terus book sebab takut full hehe.



Kalau nak cari lunch dekat Pangkor ni, mohon kaki korang kuat la sebab semua benda kena jalan kaki je. Takyah nak ngada ngada nak naik kereta bagaii. Lagi pon bukan jauh pon dari resort tu nak ke depan sikit cari gerai gerai nak makan. Gerai dekat sana gerai biasa biasa je. Takyah nak expect ada cafe hipster kat sana. Cukup la sekadar makan nak isi perut bagi kenyang. 

Lepas lunch tu, konon terus nak berendam dekat pantai tapi still panas kot. So, aku tak setuju nak mandi manda tengah panas tu (padahal aku dah aim nak mandi kolam hahaha). Makanya kami jalan jalan tepi pantai. Tangkap gambar je dulu hahaha.




Nah, sis payung gambar.

Gelak gelak tengok jam pon nak dekat asar dah. So kami balik bilik. Ainin, Mega dengan Athirah tak boleh nak jamak solat sebab tu diorang kena balik bilik tunggu Asar pulak. Aku dengan Huda apa lagi, terjun kolam dekat resort tu la hahaha. Yang tiga orang tu dah jeles dah. 


Lepas mandi pool, dalam pukul 530 kot kami pi nak berendam pantai pulak. Sekali pergi, tengok alahaiiii luluh hati. Kotor gila. Air dia tak kotor, cuma banyak sampah. Dah banyak sampah, macam biasa kami tangkap gambar je la. Hahahah tangkap gambar la takkan kutip sampah pulak lol dasar pemalas budak lima orang ni!



Disebabkan pantai kotor, kami balik mandi dekat pool resort tu balik. Macam biasa aku dengan Huda masuk bilik lambat, sebabkan kami boleh jamak. Depa nak gili gilir toilet lagi, nak maghrib lagi. o aku dengan Huda duduk je mereput dekat pool KAH! 

Malam tu keluar la jalan lagi sebab nak cari dinner pulak. Padahal lepas berendam tadi semua dah bantai maggi cup. Kitorang decide nak makan burger je. Beli burger satu and air sorang sebotol then balik bawak balik resort makan dekat gazebo tepi kolam tu je. Santai je (cewahhhh) sambil sembang sembang. Yela, lepas habis paper hari tu mana ada jumpa. So sementara tunggu result SPM keluar, tu yang kami plan pi Pangkor ni. 

Ini je lah dinner kami malam tu tapi lepas tu masuk bilik sambung melantak makan kopok kopok yang bawak sebab taknak usung bawa balik rumah esoknya.

Pagi esoknya, ikut plan lepas subuh terus nak pi pantai tapi malas nak ulang alik resort sebab nak breakfast pulak. So kami decide lepak lepak bilik dulu then breakfast dulu lepas tu baru pi pantai.

Breakfast yuk temen temen.

Lepas breakfast terus pi pantai. Barang dekat bilik memang dah siap pack. Lagi pon kami dah pakai lawa sebab konon pi pantai nak tangkap tangkap gambar je sekali nampak banana boat bagai baru nak terkinja kinja menyesal pakai baju lawa lawa. Kan dah tak boleh main semua tu hahaha. Pity us :(


Tengah tangkap gambar tiba tiba abam bot tegur ajak pusing pulau. Mula mula taknak tapi dah buat apa mereput je tunggu kat pantai sampai pukul 11 sebab nak check out ye dok. Harga pusing pulau tu RM 10 je seorang. Yang bestnya kami je dalam bot tu so rasa private la sikit. Selalunya depa ni akan tunggu orang lain bagi penuh bot baru dia bawak tapi abam ni tak buat macam tu. 

RM 10 tu bukan setakat pusing pulau je tapi kami dapat sekali package personal photographer sekali gais hahaha.

Habis pusing pulau ni kami lepak balik tepi pantai sambil tangkap tangkap gambar sebab masa banyak lagi nak tunggu pukul 11 nak check out. Settle tangkap gambar balik resort tiba tiba baru tahu check out pukul 12 rupanya. Disebabkan seluar aku dah basah duduk atas bot tadi dengan peluhnya do aku tukar baju la nak balik. Selesa sikit ye dok. Dah tukar baju pon still ada masa :') makanya masa kami diisi dengan makan maggi cup. Subhanallah maggi sesaje la pon makannya. 1130 pon kami check out sebab nak beli ikan bilis sikit dekat tepi jeti tu ada deretan kedai jual macam souvenir bagai. So singgah situ baru naik feri.

Tamatlah percutian bajet kami ke Pangkor hahaha. Tau sebab apa percutian bajet? Sebab kami guna RM 100 je dekat sana include makan breakfast, lunch, dinner, hotel, feri (pergi balik). Tapi banyak beli benda merepek so dalam RM 150. Contoh benda merepek yang kami beli ; bola dengan pistol tembak air tu hahaha.



Welcome to my blog. Hope you are happy to read the entry in my blog. Its all about my life. My happiness. Sadness and everything. You can follow me if you like. Dont forget to leave your footsteps on my blog so i'll visit vour blog back. bold italic underline strike

Diary About Link Stuff


Put your cbox code here ! :)


Template By: Umi Humaira
Big helped: Wana
Owner: YOUR NAME