Both Of Us
Meroyan Fail Test
Monday 27 February 2017 • 01:22 • 0 comments

Enam belas hari bulan hari tu aku test JPJ. Biasa la sementara tunggu result SPM, mesti la ambil lesen kereta dengan motor. Tapi dalam kes aku, aku ambil lesen kereta je sebab ayah cakap tak payah ambil lesen motor. Bahaya katanyaaaaa. Aku sebenarnya dah tergedik gedik dah nak bawak kereta ni. Tapi since ayah aku polis, sorry to say la selagi tak dapat lesen jangan harap engko nak duduk dekat tempat driver tu. Nak pegang stereng, tekan klac apatah lagi. Nak dipanjangkan lagi cerita, birthday aku bulan dua belas. Makanya elok je seminggu lepas birthday aku, ayah aku terus pi jumpa pakcik yang mengajar dekat tempat belajar kereta tu. Sementara nak tunggu seminggu tu aku protes la jugak hahaha. Ayah aku suruh ambil dengan ejen sebabnya dengan pakcik tu senang. Pergi balik semua dengan dia. 

Dah settle ceramah, dekat dua minggu jugak aku tunggu pakcik tu call nak pi amik test komputer. Rupanya nak test komputer tu kena call pakcik tu sendiri hahaha. Nasib la schoolmate aku bagitahu kawan aku yang ambil lesen kereta sekali dengan aku ni. So hari Isnin rasanya aku dengan kawan aku, Izzah, pi amik test komputer. Aku punya nervous tu macam nak amik paper SPM jugak wey. Siries! Tak tipu! Selesai je 50 soalan tu, rupanya terus keluar result. Yang aku noob sangat tak tahu hahaha keluar keluar je Izzah tanya result cemana. Aku kata aku tak tengok pon lol. Waktu ni dah cuak dah sebab Izzah dah tahu result dia 48/50. WOW! Tangan dah sejuk. Lepas tu nama aku pulak akak tu panggil. Tengok tengok aku pon dapat 48/50. Syukur! 

After a week, pakcik tu call balik kata lesen L dah siap so boleh belajar drive. YEAYYYYYY! So start la kami berdua pi belajar kereta. First day belajar drive dah nak nangis. Dasar ciwek seketui faghahh! Ingatkan senang nak bawak kereta ni hahaha (lama lama okay je). Btw, aku amik manual. So first time tekan klac tu subhanallah excited. Sekali lepas klac enjin mati. Menyusahkan beteiiii. Dah enjin asyik mati je, makanya seketui faghahh yang hati tisu ni terus rasa sentap kena marah hahahahaha. Aku ingat aku sorang je macam tu, rupanya Izzah tu pon sama je hati tisu macam aku lol.

Sebulan jugak rasanya belajar. Oleh itu, sudah tiba masanya untuk test JPJ *tenenettenenet*. Macam biasa 730 aku dah bertolak sebab pakcik yang ajar tu memang jenis pergi awal. Kami ada empat orang yang under pakcik tu ambil test enam belas hari bulan tu. Pakcik tu singgah ngopi pulak pagi tu sebab taknak kitorang nervous sangat. Sepanjang perjalanan tu dia cerita macam macam sebab taknak kitorang nervous. 

Sampai je tempat belajar kereta, kami pi office dulu tengok senarai nama dengan nombor giliran and nombor baju. Rupanya test JPJ kena pakai baju macam jaket polis yang color light. Aku dengan Izzah dapat sesi empat and nama kami pon sebelah sebelah je. Nasib baik la. So lepas amik jaket tu terus pi depan dewan menunggu tu, ada taklimat sikit. Then settle semua, tunggu la dalam dewan tu. 

Disebabkan kami sesi 4, so lambat la citanya. Dah la dewan tu air con, kami dah nervous. Bertambahlah sejuknya dek non oiii. Tengah tengah tengok tv sementara tunggu giliran kecoh kat luar. Tiba tiba ada akak ni cakap nak selfie boleh? Aku macam "hekeleh selfie je la apa masalah ko nak announce bagi semua orang dengar". Tapi cakap dalam hati je la. Kang aku cakap kuat kuat tak pasal pasal gaduh lol. Tiba tiba abang tu cakap "lima minit je". Then ada sorang laki masuk. Waktu tu semua dah ternganga. Izzah sebelah aku dah tepuk tepuk peha aku. Okay jujur. Aku rabun tapi tak reti reti nak pakai spek sampai maa dah sound sebab buat spek mahal mahal tapi taknak pakai. So aku tak nampak siapa yang masuk. Rupa rupanya ada Syafie Naswip la hahaha.

 Kakak aku kata kerlas kauuu jah amik lesen dengan retis.
HAHAHAHA

Excuse my noob face.

Then after about an hour, nama nama yang sesi 4 kena keluar. Cuak je Allah je yang tahu. Lepas sorang, sorang. Tibalah giliran aku. So, yang first kena naik bukit tu dulu. Waktu latihan aku okay je bukit tu. Pernah la kantoi sekali macam tu. Tapi takut tengah nervous ni, macam macam boleh jadi. Oh yes, alhamdulillah. Dah lepas bukit tu rasa macam nak keluar kereta lepas tu sujud syukur (over sangat pahal). Then, buat selekoh S, selekoh Z, side parking dan akhir sekali 3 point turn. Dah elok masuk 3 point turn tu aku dah lega gila. Tiba tiba nak keluar kena sound dengan abam JPJ hahahaha. "tarik handbrake! tengok luar apa dah jadi?" aku blur je tengok tak ada pon jadi. Rupanya bumper belakang tak boleh masuk garisan putih. Waktu tu dah down gila dah. Sign pon terketar ketar dah tangan. Sumpah bad mood. Aku tengok kawan aku, Izzah tengah buat side parking. Aku pon pergi la bawa diri masuk dewan balik tenangkan diri lol. Dalam 10 minit macam tu, Izzah pula masuk dewan. Dalam hati aku confirm dia dah lulus. Rupanya, nasib kami sama :( Dia lagi kesian. Tak lulus sebab tak berhenti je. Kami pon buat la sesi luah perasaan wakakaka. 

Even dah fail dekat bahagian 2, bukan bermakna korang boleh blah je dari situ. Bahagian 3 korang kena buat jugak. So dekat jalan raya ni aku kurang sikit cuaknya. So relax sikit lepas dah solat zuhur tu. Elok je Izzah keluar, then nama aku pulak kena panggil. Aku terus tiba tiba cuak. Ambil borang then masuk kereta, Aku buat macam kereta sendiri je hahaha. Bukak pintu belakang sebab nak letak beg dengan botol air aku. Then masuk tu bagi la salam. Baru nak laraskan tempat duduk dia suruh aku berhenti. Haaa sudah dalam hati aku, aku buat salah apa. Rupanya dia suruh aku relax dulu. 

Dalam 3 minit jugak aku temangu dalam kereta tu baru dia tanya: 
"macam mana? Okay? Nervous lagi? Boleh start?". 
Aku pon dengan confident cakap "DAH!" hahaha. 

Okay then aku buat yang cikgu aku ajar buat RSM kot nama dia yang before memandu kena buat tu. Tiba tiba dia tanya "tu je ke?". 
Aku cakap "alamak tuan, pakcik ajar saya ini je".
"Kamu cakap je apa yang kamu nampak dekat situ"
"Haa okay tuan!"

Then lepas start enjin, dah nak gerak dia tanya lagi "okay baca doa naik kenderaan. Tahu kan?"
Aku ragu ragu nak baca ke tak. Aku cakap "tahu. So, ni nak tadah tangan la ni baca doa?". "Ye" katanya sepatah je. Okay. Aku pon bacalah kuat kuat dengan tadah tangan semua. Feeling dia rasa macam budak tadika nak drive kot masa ni hahaha. Abam JPJ sebelah tadah tangan jugak ke tidak aku tak perasan sebab aku cuak tak dan nak usya dia kat sebelah. Then dia suruh aku jalan. Aku pon jalan la. Dah tengah jalan aku tak tahu ke mana hala tuju kami hahaha. Aku pon kumpul semangat aku tanya "kita nak pi jalan mana ya?". Dia mintak jalan C. Allah, aku dah la susah sikit dengan jalan C ni. So aku drive je la. Sepanjang jalan tu dia nyembang sampai aku rasa macam lost wey. Nasib tak lupa nak bagi signal bagai. Bila dia buat lawak, dia gelak sorang. Yang iye nya aku tak tahu tang mana lawak dia tu hahaha lol. 

Sepanjang perjalanan tu dia melawak sembang bagai tiba tiba tanya bahagian 2 aku cemana. Hahaha aku cakap gagal. Dia cakap gagal dekat mana. Aku kabo la dekat 3 point turn tu. Lepas tu dia cerita la dekat 3 point turn tu ada masa rupanya. 3 minit tak silap aku rasanya dia kabo. Dia siap cakap "dik, 3 minit dekat 3 point turn tu adik boleh hisap rokok sebatang tau tak". Masalahnya aku tak kejar masa hahaha. Aku iye kan je la apa dia cakap. So sampai jugak akhirnya kami dekat sekolah memandu dengan jayanya. Dia tengah tanda kertas aku tu aku tak sabo dah nak keluar sebab sejuk sia dengan air con nya. Dengan nervous aku lagi. Then dapat je kertas, tengok tengok alhamdulillah aku lulus test bahagian 3. Mekasih bro JPJ!

Selesai dua dua bahagian, kami pi pejabat untuk daftar nama sebab nak test next week. Alhamdulillah, kali kedua test, kami berdua lulus dengan jayanya. So, sekarang tengah tunggu lesen P. HAHAHAHA time fail bahagian 2 tu kena bahan habis dengan akak akak abang aku. Depa tak tahu aku punya down cemana cis! 

Setengah classmates sekolah rendah and setengah lagi classmates sekolah menengah. 
Ni la gang waktu repeat test JPJ minggu lepas.



Welcome to my blog. Hope you are happy to read the entry in my blog. Its all about my life. My happiness. Sadness and everything. You can follow me if you like. Dont forget to leave your footsteps on my blog so i'll visit vour blog back. bold italic underline strike

Diary About Link Stuff


Put your cbox code here ! :)


Template By: Umi Humaira
Big helped: Wana
Owner: YOUR NAME