Both Of Us
Gold Coast, Morib
Thursday 13 April 2017 • 23:13 • 0 comments

Day first :

Bertolak dari rumah awal sebab nak shoot terus pi Melaka, abang sedara bertunang. Then, malam tu stay dekat area Negeri Sembilan dengan sedara mara, makcik pakcik semua sebab depa dah sewa homestay area sana. 

Half of Mariah Kami's

Day 2 : 

Pagi tu lepas subuh konon taknak tidur balik. Sekali tertidur sebab penat yakmat. Dah la bangun nak solat subuh tu sakit pinggang sebab tidur atas sofa je malam tu. Nak tido bilik dah full sebab bayangkan la emak, along, akak, abang, abang long, Zara dengan Awisy dah tidur dalam bilik. So, aku malam tu pejam celik pejam celik tak mau lena terus bawa diri turun pergi ruang tamu bawah tengok ada je makcik pakcik aku tidur dekat ruang tamu. So, gua join sekaki tapi atas sofa la. Lepas terjaga tidur yang untuk kali kedua tu (hahahaha), terus mandi mandi and siap siap sebab nak pi breakfast. Barang pon dah siap kemas sebab lepas tu kitorang cadang terus nak pergi area Damansara. Kononnya nak ke IKEA la hahaha. 

Lepas breakfast tu, ingatkan masing masing terus balik la. Rupanya makcik pakcik ajak lepak tepi pantai. Panas deknon oii sebab pergi waktu tengah hari tapi budak budak tu aku tengok depa selamba badak je berendam. Yelaaa budak en, aku dulu pon macam tu jugak tak tahu erti panas. 


 


Settle mandi manda yang budak budak tadi terus siap siap. Takkan nak lepak sampai petang. Matik la nakkkk. Okay bye semua. Berpisah dekat situ je sebab masing- masing nak balik dah. Entah macam mana kitorang tak jadi tidur area Damansara sebab acu ajak tidur rumah dia malam tu. So kitorang okay je la sebab lagi mudah takyah nak cari hotel bagai sebab yang ni last minute plan makanyaaa tiada persediaan. 

Okay sepanjang perjalanan aku tidur je. Sedar sedar je depa berhenti kejap tepi jalan macam ada gerai gerai makanan. Ni pon dah dekat sampai rumah makcik aku tu. Lagi 20 minit macam tu sampai la rumah makcik aku. Semua macam kebulur dah makan makanan yang beli tepi jalan tadi.

Malam tu mak ayah belanja ajak dinner kat luar je sebab malas nak susah makcik aku tu. Lagipon dia nak kerja lagi esok tu, malas la nak susahkan dia.

Day 3 :

Lepas breakfast kami terus pergi IKEA. Mula-mula opah taknak ikut sebab dia tak larat nak jalan tapi lepas pujuk pujuk dia nak pergi. Yeayyy! Kalau tak opah nak stay rumah makcik aku je then nanti nak balik Perak baru amik dia. Tapi lepas akak google kata ada wheelchair dekat IKEA, baru dia nak pergi sebabnya orang tua biasa la mana larat jalan. Opah aku pon jalan pakai tongkat dah sebab takut jatuh. Tu pon mula-mula dia malu naik wheelchair tu. Tapi lepas tengok orang lain pon ada je yang duduk atas wheelchair baru opah rasa confident (ewahhhhh).

Dah kalau pergi IKEA mana mahu kejap. Berjam-jam tu confirm punya la. At first, opah macam boring je sekali sampai dekat area barang barang dapur baru la opah beli barang. Pinggan mangkuk bagaiii. Sama la dengan mak guer pon hahaha.

Okay selesai satu bab dekat IKEA kami terus perjalan pergi Morib pulak. Btw, along aku dah book Gold Coast ni a month before rasanya. Check in pon dah petang sebab habis masa kat IKEA tadi. Lagi pon on the way sini singgah lunch la apa lagi. Kitorang singgah lunch dekat mana entah. Kedai dia simple je tapi lauk lauk dia sedap gilaa and harga sangat murah. Kedai tu bukan dekat rnr la yang pastinya. Dia dekat tepi jalan tu je macam area kampung kampung on the nak pergi Gold Coast tu. 

Anak sedara penat sangat hahahaha tengah duduk pon still boleh tidur.

Seketui faghahh mana reti behave hahaha.

Sampai je terus check in. Perut aku pon elok je sampai depan hotel tu (belum check in lagi) terus memulas nak membuang. Dapat je akses card bilik terus masuk dengan tak tolong pon bawak barang naik bilik. Rehat rehat jap lepas tu kitorang dah start gilir gilir solat. 

Dekat nak maghrib tu kononnya nak tengok sunset then nak cari makanan untuk dinner malam tu nak tapau je sebab kesian dekat opah penat nak kena turun naik pulak. Sampai je pantai jelap gelita je gais. Sedih sunset takde hahaha.





 Ni sebenarnya dah gelap tapi abang tukar setting tu yang terang semacam. 
Bak kata akak "nanti upload gambo caption berlatar belakangkan salji" LOL

 Zara tengah bodek ibu nak naik kuda.

Jalan jalan ternampak Archery tu yang nak tunjuk skill yang tak berapa nak gempak ni,

Before keluar kita selfie satu kali.
 Ada Zara je sebab kami keluar senyap senyap tak bawa Awisy.

Sementara tunggu lif pon boleh.

Day 4 :

Pagi tu lepas subuh terus gosok gigi nak turun breakfast (ok yang ni tipu). Dalam pukul 8.30 macam tu baru turun breakfast. Lepas breakfast naik bilik balik and its the time to mandi pool! Ayuh! Sebenarnya kitorang dapat 8 tiket theme park tu tapi yang masuk 7 orang je tapi Awisy tak payah guna tiket tu so membazir 2 tiket.



Welcome to my blog. Hope you are happy to read the entry in my blog. Its all about my life. My happiness. Sadness and everything. You can follow me if you like. Dont forget to leave your footsteps on my blog so i'll visit vour blog back. bold italic underline strike

Diary About Link Stuff


Put your cbox code here ! :)


Template By: Umi Humaira
Big helped: Wana
Owner: YOUR NAME